Makin hari, makin ramai yang cari cara untuk order barang direct daripada China.

Yer la, dah lama jadi dropshipper orang, sekarang dah ada modal sikit. Nak jugak borong terus daripada China dan ada dropshipper sendiri.

Tapi macamana cara nak beli direct daripada China tu? Nak tanya supplier, konpem dah tak bagitau macamana nak beli.

Dorang mesti nak suruh amik direct dengan dorang. Kalau try beli sendiri kat website online, selamat  ker  tak, taktau lagi.

Risau gak kan. Kang kene tipu. Sekarang ni banyak sangat kes tipu. Pastu  ada gak agen borong barang china yang  makan  atas angin.

Kata borong, tapi macam  mahal jer, camne nak bagi harga dropship kat dropshipper sendiri kalau dah order melalui agen pun dah mahal.

Ok dalam post ni Pak Do akan kongsikan 2 website paling popular yang seller-seller jerung kat Malaysia ni  borong barang china secara online dengan selamat dan  harga sangat murah.

Ini supaya korang tahu kat mana website selamat nak borong dan tidak bazirkan banyak kos borong barang China melalui website yang jual mahal.

Kesilapan yang orang baru selalu buat dalam memilih website untuk borong china secara online.

1. Beli website yang tidak selamat

Ramai yang cuba untuk “google” sendiri website untuk beli barang daripada china secara online.

Bukan semua website yang tawarkan untuk beli borong barang daripada china itu selamat. Kadang-kadang penuh dengan scammer. Banyak kes yang order tak sampai.

2. Beli di website yang tidak dapat buat penghantaran ke Malaysia

Yang ni silap step memang sakit. Dah habis banyak duit, seller pun dah trusted, tapi sayang takleh hantar ke Malaysia.

Sangkut kat warehouse China. Alamatnya leburlah la duit atau pening terpaksa cari jalan lain nak cari forwarder yang bleh hantar ke Malaysia.

3. Beli di website yang guna matawang USD

Yang ni pun ramai yang salah pilih. Kononnya kalau beli melalui website yang guna matawang usd, penghantaran akan lebih selamat.

Ya betul, website macam Alibaba & Aliexpress memang trusted. Tapi berbaloi ker beli kat sana? Pastu nak jual berapa kat Malaysia kalau harga borong pun dah mahal.


Tahu tak 2 website yang murah dan selamat yang Pak Do nak cerita dalam artikel ni pun bawah Alibaba Group (owner Jack Ma) jugak. Baca sampai habis untuk penerangan lanjut.


1. TAOBAO.COM

Website Taobao adalah salah satu daripada 2 website yang paling popular di kalangan seller-seller jerung di Malaysia.

Korang boleh layari di https://www.taobao.com atau https://world.taobao.com/.

Dua-dua address tu sama jer. Untuk makluman juga, Taobao adalah website dibawah seliaan Alibaba Group, giant company Jack Ma.

Taobao.com


Pada asalnya Taobao hanya dibuka kepada rakyat China sahaja, sebab bagi market international mereka dah buat platform AliExpress.

Tapi disebabkan ramai orang luar khususnya di Asia Tenggara sudah tahu kewujudan Taobao yang harganya jauh lebih murah berbanding AliExpress (harga dalam USD), mereka sudah buka akses kepada Taobao.

Platform Taobao semakin hari semakin mesra pengguna luar contohnya dengan adanya online banking negara masing-masing.

Barangan dalam Taobao pulak ada bermacam-macam pilihan. Ada lebih kurang 800 juta produk daripada pelbagai kategori boleh dibeli terus secara online.

Boleh dikatakan kalau barang tu made in china, Insya Allah ada la kat Taobao.

Website ni adalah dalam bahasa cina (chinese simplified-Mandarin).

Korang kena translate dulu ke bahasa Melayu atau nak carian lebih tepat, translate ke bahasa Inggeris.

Cara nak translate korang rujuk gambar kat bawah ni. Pak Do bagi cara ringkas nak translate.

Kita akan guna browser chrome untuk guna fungsi google translate. Kena guna laptop yer, kat phone susah nak buat.

1. Klik kat icon google translate kat bahagian atas browser
2. Kemudian klik translate


Nanti kebanyakan perkataan cina dalam website Taobao akan bertukar ke english (ikut tetapan kita – options).


Jadi korang tak payah nak belajar Mandarin dulu baru boleh beli barang daripada China.

Sekarang dah senang. Guna jer teknologi yang ada. Hihi

Ok, harga barang dalam Taobao ni pula sangat murah sebab harga dalam Yuan (¥), matawang rasmi China.

Matawang china adalah murah berbanding dengan Ringgit (RM).

Biasanya kadar tukaran lebih kurang ¥1.00 = RM0.60 – RM0.63 . Mengikut kadar tukaran matawang semasa.

Maksudnya disini kalau barang tu harga 1yuan, kita boleh beli dengan harga 60sen duit kita jer.

Seronok kan berbelanja dengan harga ringgit yang lagi mahal. :p


Yang syoknya dengan Taobao ni, korang boleh bayar guna online banking Malaysia atau kad debit/kredit.

Contohnya korang boleh bayar guna maybank2u, cimbclick dan lain-lain online banking Malaysia serta kad debit/kredit.


Jadi tak perlu dah nak bayar guna Alipay atau Paypal ker ape. Senang kan.

Selain tu, yang menarik jugak kat Taobao, korang boleh beli walaupun 1 barang jer. Tiada Minimum Order Quantity (MOQ).

Contohnya korang nak tengok kualiti barang tersebut sebelum borong banyak, jadi korang boleh order 1 pcs dulu.

Bila korang dah puashati, bleh la beli borong dengan seller tu.

Kalau bab selamat pulak jangan risau sebab memang pihak Alibaba Group sangat menjaga kredibiliti platform mereka.

Seller yang cuba menipu mereka akan ban. Korang jugak tak perlu risau sebab selagi barang tak sampai kat tangan korang, korang boleh minta refund.

Untuk rasa lagi selamat jugak, korang boleh pilih seller mengikut rating.

Rating seller mengikut “Red Heart”, “Blue Diamond”, “Blue Crown” dan “Golden Crown”.

Kalau dah lambang “Golden Crown” tu memang trusted giler la sebab dah buat banyak jualan dan dapat banyak positif rating kat Taobao.

Boleh rujuk gambar yang saya sediakan kat bawah.


Untuk penghantaran pulak, pihak Taobao akan uruskan penghantaran “Door to Door”.

Maksudnya barang akan sampai terus di depan rumah korang.

Korang hanya pilih cara penghantaran pada platform Taobao dan bayar kos penghantaran.

Kebiasaannya harga “air shipping” Taobao lebih kurang dalam 26 yuan per kg, lebih kurang RM16 setiap 1 kilogram pertama.

Berapa lama amik masa barang korang nak sampai kalau order daripada China?

Ianya bergantung kepada pemilihan servis penghantaran.

Korang boleh pilih penghantaran melalui udara iaitu lebih kurang selama 7 hari atau penghantaran melalui laut iaitu lebih kurang selama 3-4 minggu.

Jika nak cepat boleh pilih penghantaran melalui udara tapi jika nak caj penghantan murah boleh pilih penghantaran melalui laut.

2. 1688.COM

Website 1688 juga salah satu daripada 2 website yang paling popular di kalangan seller-seller jerung di Malaysia.

Korang boleh layari di https://www.1688.com/. Seperti mana Taobao, 1688 juga adalah website dibawah seliaan Alibaba Group, giant company Jack Ma.

1688.com


Website 1688 boleh dikatakan hampir sama dengan Taobao.

Yang membezakan diantara keduanya adalah cara pembayaran dan cara penghantaran.

Malah jika korang sudah ada akaun Taobao, korang boleh gunakan username dan password Taobao tersebut untuk sign di 1688.

Jika Taobao itu seperti AliExpress.com , 1688(harga dalam Yuan) pula seperti Alibaba.com (harga dalam USD).

Harga barang di 1688 kebiasaannya lebih murah berbanding dengan harga di Taobao sebab majoriti yang menjual di 1688 adalah pembekal daripada kilang.

Cumanya korang perlu ada akaun Alipay untuk membayar di platform 1688.

Matawang yang digunakan juga sama iaitu Yuan (¥), matawang rasmi China.

Tidak seperti Taobao, 1688 tidak dibuka kepada orang luar. Mereka hanya membuka akses kepada rakyat China sahaja.

Sebab itu korang kena ada akaun Alipay untuk bayar kepada seller 1688.

Takleh bayar guna online banking Malaysia atau debit/kredit. Memang tidak mesra pengguna luar.

Jika korang nak buat pembayaran, korang kena minta agen “Forwarder” untuk bayarkan.

Boleh google “forwarder malaysia” untuk cari servis forwarder Malaysia.

Biasanya mereka ada warehouse mereka sendiri di China.

Semasa nak buat pembayaran kat platform 1688 tu, pilih pilihan “Find Somebody To Pay” dan masukkan details forwarder korang.

Ejen Forwarder tu akan uruskan pembayaran dan uruskan penghantaran.

Nanti korang akan dicaj mengikut kadar servis mereka. Korang kena discuss dengan dorang betul-betul sebelum gunakan servis dorang.

Sama seperti Taobao, di 1688 juga ada bermacam-macam pilihan.

Boleh dikatakan kalau barang tu ada di Taobao, Insya Allah ada la kat 1688. Cuma kena pandai menyelam cari jer. hihi

Website 1688 pun dalam bahasa cina (chinese simplified-Mandarin).

Korang kena translate dulu ke bahasa Melayu atau nak carian lebih tepat, translate ke bahasa Inggeris.

Boleh translate guna cara yang saya tunjukkan kat atas, bahagian translate Taobao.

Tidak seperti Taobao, website 1688 akan ada Minimum Order Quantity (MOQ).

MOQ ini bergantung kepada jenis barang yang korang hendak beli.

Ada sesetengah barang minimum 2 pcs, dan ada sampai beratus-ratus pcs MOQ baru ada boleh dapat harga murah tersebut.

Sama juga seperti Taobao, Alibaba Group sangat strict dengan peraturan kat 1688. Seller yang cuba menipu mereka akan ban.

Lagipun seller yang ada kat 1688 kebanyakannya adalah kilang itu sendiri. Memang direct dengan kilang.

Korang jugak tak perlu risau sebab selagi barang tak sampai kat tangan korang, korang boleh minta refund.

Rating untuk seller di 1688 pun lebih kurang sama dengan rating di Taobao. Boleh rujuk gambar yang Pak Do sediakan kat bahagian Taobao.

Untuk penghantaran barangan melalui 1688 pulak, ia tiada servis “Door to Door”.

Selepas korang beli dengan seller di 1688, korang kena masukkan alamat warehouse forwarder.

Nanti forwarder korang akan uruskan penghantaran ke Malaysia.

Korang akan bayar kos shipping kat forwarder agent korang. Caj shipping bergantung kepada pilihan ejen forwarder.

Korang kena bandingkan diantara ejen forwarder untuk dapatkan harga yang murah dan selamat.

Berapa lama amik masa barang korang nak sampai kalau order daripada China menggunakan ejen forwarder?

Ianya bergantung kepada pemilihan servis ejen forwarder korang.

Biasanya lebih kurang sama jer, udara  lebih kurang 7 hari dan penghantaran melalui laut lebih kurang selama 3-4 minggu.

Jika nak cepat boleh pilih penghantaran melalui udara tapi jika nak caj penghantaran murah boleh pilih penghantaran melalui laut.

Ok, dalam artikel ni korang dah belajar 2 website paling popular yang seller-seller jerung kat Malaysia ni  borong barang china secara online dengan selamat dan  harga sangat murah.

Penting untuk korang tahu macamana nak elak daripada terbeli kat website yang penuh scammer dan tahu website yang murah supaya korang tidak bazirkan wang begitu sahaja.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel Pak Do, tinggalkan komen untuk sebarang soalan dan jangan lupa untuk share post ni supaya dapat sama bantu peniaga lain yang tak tahu kat mana nak borong barang china online yang selamat dan murah.

Pastikan korang like page facebook Pak Do ( Pak Do Afifi ) supaya korang tak tertinggal tips, tricks dan sharing yang akan bantu bisnes korang. Terima kasih, jumpa lagi!

Pak Do Afifi

p/s Kalau korang nak belajar lebih lanjut berkaitan borong barang daripada China secara online,

1-Borong-China-Online-Rahsia-Import-China-RICH-Taobao-1688 2

Pak Do sarankan korang untuk join Program Bimbingan Secara Online – Rahsia Import China (RICH) kerana mereka dah bantu ramai peniaga yang nak belajar beli barang terus daripada China. Keahlian terkini RICH dah mencecah 11,000 ahli daripada seluruh Malaysia. Mereka dah bermula sejak 2013 dan masih support ahli sehingga sekarang. Ramai seller-seller jerung kat Malaysia ni ahli RICH.

Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan program bimbingan tersebut,

Masukkan nama dan email dibawah, nanti Pak Do akan hantarkan link untuk korang baca maklumat lanjut berkenaan program bimbingan tersebut beserta bonus istimewa yang mereka tawarkan di inbox korang.

Berminat Untuk Tahu Lebih Lanjut Berkaitan Program Bimbingan Secara Online RICH?

Masukkan details anda dibawah untuk link maklumat lanjut dan bonus istimewa yang mereka tawarkan.

Categories: Umum

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *