Ketahui teknik mudah untuk mencairkan hati pembaca ayat jualan anda.

Kredit gambar : blog.trustpilot.com

Apa itu pengiklanan?

Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh di ibaratkan seperti menari dan menyanyi di televisyen. Selain itu, ia juga boleh di ibaratkan seperti memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.

Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.

Pengiklanan bermaksud menjual.

 

Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut. Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual kepada pembaca surat khabar tersebut.

 

Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu di tulis.

 

Jadi, matlamat kita di dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.

 

Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik B menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala yang besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun, jika anda perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.

 

Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A dan dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B semata-mata.

 

Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D untuk mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia berubah-ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

 

Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang benar-benar berkesan, saya rasa ia hanya akan membazirkan masa anda. Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik promosi yang telah terbukti berjaya. Di sini, ada 10 panduan ayat promosi yang kita boleh gunakan untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

 

Teknik Pertama: Fokus pada pelanggan, bukan pada perniagaan anda.

Anda tahu, saya rasa sungguh rimas jika ada seseorang datang kepada saya untuk menjual sesuatu dan ayat pertama yang keluar dair mulutnya adalah maklumat mengenai syarikatnya.

 

Assamualaikum encik, saya datang dari syarikat ABC dan boleh saya tahu nama encik? Syarikat saya sudah enam tahun beroperasi.

Anda tahu tak? Saya rasa menyampah jika di sapa sebegitu kerana saya tidak ada banyak masa. Saya rasa lebih baik untuk jurujual tersebut memulakan perbualan dengan menerangkan secara telus mengenai produk yang ingin di jual. Orang putih kata, Straight to the point.

 

Assalammualakum encik, Nama saya Auzan dan saya ingin memperkenalkan produk terbaru dari syarikat saya iaitu Vakum mudah alih.

Kan lebih senang, jika saya berminat, saya akan terus mendengar, jika tidak, saya akan kata

Maaf, saya tidak berminat.

 

Situasi di atas sama sahaja ketika anda ingin menulis ayat jualan, ayat jualan haruslah member fokus pada pelanggan. Ketika seorang pelanggan membaca fliers atau pengiklanan anda, mereka akan tertanya di dalam hati,’Apa faedahnya produk ini pada aku?’. Soalan ini anda perlu jawab dengan pantas.

 

Oleh itu, anda boleh lihat ayat jualan produk digital di internet, headlines mereka akan menerangkan dengan tepat dan menarik apa yang produk mereka lakukan. Contohnya,

Ketahui dengan jelas bagaimana saya menjana pendapatan 100 USD sehari dengan hanya duduk di hadapan komputer 20 minit sehari.

Apabila seseorang membaca ayat di atas, mindanya mula ligat untuk berfikir dan mungkin dia akan membeli produk tersebut. Namun, selepas anda menulis ayat headlines yang menggiurkan seperti di atas, pada rangkap pertama surat jualan terus anda memperkenal diri anda. Anda perlu ingat, ayat jualan haruslah fokus pada pelanggan atau pembeli bukan fokus pada anda.

 

Untuk bahasa Inggeris, penggunaan perkataan you mungkin nampak sesuai untuk merapatkan antara anda dan pelanggan anda. Bagi bahasa Malaysia, anda tidak boleh guna perkataan engkau atau awak sebagai alat komunikasi kerana walaupun ia bersifat peribadi, ia tidak nampak seperti professional. Untuk bahasa Malaysia, adalah lebih molek untuk gunakan perkataan anda sebagai alat komunikasi.

 

Apabila anda menulis ayat jualan, pastikan anda sentiasa memikirkan apa yang pelanggan mahu dengar bukannya apa yang anda mahu pelanggan anda dengar dan baca. Fokus pada pelanggan dan berikan mereka keselesaan.

 

Teknik kedua : Utamakan kelebihan produk bukan ciri-ciri.

Teknik kedua dalam menulis ayat jualan adalah menulis secara menyeluruh kelebihan-kelebihan produk anda. Ciri-ciri produk seperti bahan, warna dan sebagainya haruslah di huraikan pada bahagian akhir surat jualan atau dalam bahagian soal jawab mengenai produk anda.

Ketika menulis surat jualan, anda perlu utamakan kelebihan produk yang anda jual. Seorang pelanggan tidak akan mencari warna apa yang ada pada produk anda tetapi mereka mencari faedah-faedah produk yang anda jual.

Sepanjang surat jualan, ceritakan dengan nada yang sangat poyo mengenai produk anda. kelebihan-kelebihan yang ada pada produk anda semuanya perlu di masukkan walau sekecil mana kelebihan itu.

 

Teknik Ketiga : Mainkan emosi si pembaca sepenuhnya.

Teknik ketiga adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis sesuatu yang boleh membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.

Jangan lakukan perkara di bawah :

Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad ini.

 

Lakukan perkara di bawah:

Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan canggih.

 

Jika anda menggunakan ayat pertama dalam surat jualan anda, anda akan lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu apa faedah produk ini kepada mereka.

 

Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan sejenak. Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh gunakan ayat di bawah.

Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda dengan badan baru yang anda miliki.

 

Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.

 

Teknik Keempat : Tunjukkan bukti yang kukuh serta bina kepercayaan.

Pada teknik pertama, saya menyatakan adalah tidak bagus untuk anda menceritakan mengenai anda tetapi lebihkan fokus pada pelanggan anda. Namun, ia adalah terhad kepada perkara yang tidak perlu. Untuk menarik pelanggan untuk membeli dari anda, anda perlu ada bukti dan bina kepercayaan dari si pembeli.

 

Antara teknik untuk membina kepercayaan pelanggan pada produk anda adalah seperti di bawah:

  1. Sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan terdahulu dan sentiasa meminta mereka memberi pendapat mengenai produk anda. Selepas itu, anda boleh masukkan pendapat mereka di dalam surat jualan anda.
  2. Sentiasa ada testimoni untuk produk anda. Berikan contact para testimoni untuk memberi gambaran kepada pembaca iklan anda bahawa testimoni tersebut adalah betul dan bukannya di buat-buat.
  3. Pastikan setiap testimoni ada gambar masing-masing.
  4. Tunjukkan bukti bahawa anda adalah pakar dalam bidang produk yang anda jual.
  5. Dapatkan testimoni dari seorang pakar dari pihak lain tetapi berada dalam bidang yang sama. Contohnya, jika anda menjual ubat kuruskan badan, dapatkan pandangan atau testimoni dari seoarang pakar makanan.
  6. Masukkan bilangan orang yang membeli. Contohnya, produk ini sudah terjual sebanyak 300 unit dalam masa 2 hari. Ayat seperti ini akan menyebabkan si pembaca untuk berfikir, tidak mungkin 300 orang yang membeli sebelum ini adalah bodoh, sudah tentu produk ini berkesan.
  7. Berikan jaminan bahawa jika produk yang anda jual tidak berkesan, anda akan pulangkan wang mereka. Untuk menerbitkan lagi rasa yakin, nyatakan anda sanggup untuk mengembalikan wang mereka dua kali ganda dari harga asal.
  8. Masukkan seorang selebriti di dalam ayat jualan anda. Katakan anda menjual produk komputer, masukkan testimoni seorang selebriti sama ada atlit, ketua kampung, ahli politik, artis atau sesiapa sahaja yang terkenal.
  9. Dapatkan kata-kata dari seorang yang berjaya. Contohnya, anda menjual produk perniagaan internet, masukkan kata-kata irfan khairi mengenai perniagaan internet di dalam ayat jualan. Jika anda menjual produk kuruskan badan, dapatkan kata-kata dari pemenang big loser dan masukkan ke dalam ayat jualan anda. Mengambil kata-kata dari orang yang berjaya akan menerbitkan perasaan kesal di dalam hati pelanggan jika mereka tidak membeli produk dari anda.

 

Selain perkara di atas masukkan juga data mengenai produk anda. Jika anda mengikut apa yang di sarankan di atas, pelanggan akan menganggap produk anda adalah segala-segalanya atau ia juga boleh menyebabkan mereka berfikir produk anda terlalu baik untuk di percayai.

Untuk itu, anda perlu masukkan secara jelas apa yang produk anda mampu sumbangkan. Apabila mereka membeli nanti, mereka akan rasa puas kerana mereka sudah tahu apa yang mereka beli.

 

Teknik Kelima : Penggunaan USP

Guna sepenuhnya USP dalam surat jualan anda. USP bermaksud Unique Selling Point. Kaji apa yang pesaing anda promosikan kemudian kalahkan mereka dengan menjadikan produk anda unik.

 

Cara untuk menjadikan produk anda unik:

 

Harga Berpatutan – Jadikan produk anda lebih berpatutan untuk dimiliki dari pesaing anda. Harga berpatutan tidak bermaksud anda akan rugi tetapi wujudkan sesuatu yang boleh membuat pelanggan anda menganggap produk yang anda berbaloi untuk di beli. Contohnya produk anda berkualiti akan tetapi produk anda dijual dengan harga yang lebih kurang sama dengan pesaing anda yang menjual produk yang kurang kualitinya.

 

Kualiti produk yang terjamin – Produk yang berkualiti seperti berkesan, tahan lama dan mudah untuk di gunakan memang sentiasa menjadi rebutan pelanggan. Jadikan produk anda unik dengan menyertakan bukti bahawa produk anda adalah terbaik dari segi kualiti. Masukkan data-data kajian anda dan kelulusan dari pihak berwajib.

 

Perkhidmatan pelanggan yang cemerlang – jika anda menjual secara talian, tawarkan penghantaran percuma ke hadapan rumah. Jika produk yang anda jual rosak, tawarkan produk baru untuk mereka. Perkhidmatan selepas jualan memang jarang di tawarkan secara serius oleh mana-mana perniagaan. Jadi, anda boleh jadikan ini sebagai senjata untuk menjadikan produk yang anda jual adalah unik. Masukkan ia di dalam surat jualan anda.

 

Eksklusif – tunjukkan di dalam surat jualan bahawa produk yang anda jual adalah sangat unik dan eksklusif. Beritahu mereka hanya orang-orang terpilih sahaja yang layak untuk menggunakan produk ini.

 

 

Teknik keenam : Tulis surat jualan yang mudah untuk di baca.

Gunakan font dan warna yang sesuai untuk memastikan surat jualan yang anda tulis akan di baca oleh pelanggan anda. Tulisan headline haruslah lebih besar dari biasa kerana pembaca akan membaca headline anda 5 kali lebih banyak dari surat jualan anda. Untuk itu, mudahkan pembaca untuk membaca ayat headlines.

Gunakan bullets untuk huraikan kelebihan-kelebihan produk yang anda jual. Gunakan juga grafik yang cantik dan sesuai untuk mencantikkan surat jualan anda.  Letakkan harga dengan jelas kerana selepas mereka membaca headlines, mereka akan mahu tahu berapa harga produk yang anda jual. Selepas itu, mereka akan mula mencari kelebihan-kelebihan produk yang anda jual.

Anda perlu susun surat jualan anda dengan cantik dan tersusun supaya apa yang  anda mahu sampaikan akan sampai kepada si pemabaca untuk pelanggan.

 

Teknik ketujuh : Gunakan struktur AIDA dalam surat jualan anda.

AIDA adalah terdiri daripada:

 

Attention- Perhatian

Interest- Minat

Desire – Keinginan

Action – Tindakan.

 

Untuk memaksimakan keuntungan anda melalui pengiklanan yang melibatkan ayat jualan. Anda perlu ikut susunan teknik ayat jualan yang sudah terbukti keberkesanannya iaitu teknik AIDA.

Pada permulaan ayat jualan, anda perlu dapatkan perhatian si pembaca untuk terus membaca. Kemudian tanamkan minat untuk si pembaca untuk terus membaca apa yang anda tulis dan apa yang anda promosikan.

Selepas itu, ayat jualan haruslah memainkan emosi si pembaca seperti yang saya nyatakan dalam teknik kedua untuk menimbulkan keinginan membeli produk yang anda jual. Ketika ini, anda seharusnya memainkan perasaan si pembaca pada tahap maksimum. Jadikan mereka faham bahawa hidup ini terlalu singkat untuk mereka tidak memiliki produk yang anda jual.

Pada bahagian akhir, tumpukan perhatian untuk menulis ayat jualan yang mampu membuat si pembaca untuk melakukan tindakan sama ada membeli, telefon anda atau apa sahaja tindakan yang anda cadangkan.

 

Teknik Kelapan: Strategi terhad.

Senjata paling utama untuk memaksa pelanggan atau si pembaca melakukan tindakan adalah dengan memanipulasikan strategi terhad. Ada beberapa perkara yang boleh anda terhadkan. Perkara tersebut adalah

1) Hadkan bilangan Produk

Masukkan di dalam ayat jualan anda bahawa produk yang di jual adalah terhad dan mungkin akan habis pada bila-bila masa. Berikan mereka satu perasaan istimewa jika mereka memiliki produk yang anda jual itu kerana ia bersifat terhad.

 

2) Hadkan Masa

Hadkan sesuatu harga pada masa tertentu atau hadkan pengeluaran produk pada masa tertentu. Reka satu alasa yang munasabah untuk anda hadkan masa anda.

 

3) Had kepada tawaran Terhad

Berikan satu tawaran untuk si pembaca membeli produk dari anda tetapi ia adalah terhad. Katakan anda menjual ebook mengenai affiliate. Untuk merancakkan jualan anda boleh emel kepada pakar affiliate yang lain untuk memberi satu ebook untuk di jadikan bonus terhad. Tawarkan mereka untuk mengiklankan ebook mereka di bahagian bonus dan semua pembeli produk anda perlu opt-in di website pakar affiliate tersebut untuk menerima ebook. Tawaran dari pakar affiliate yang lain boleh meningkatkan jualan untuk produk anda. Jika anda menjual kereta, mungkin anda boleh tawarkan tayar percuma secara terhad.

 

Penutup.

Ayat jualan yang menarik tidak boleh ditiru tetapi ia perlu di buat. Jika anda tanya kepada copywriter terhebat di seluruh dunia, tiada satu pun yang tahu bagaimana hendak menulis ayat yang tepat. Mereka hanya mencuba, mencuba dan mencuba.

Namun, ada persamaan di antara ayat jualan iaitu ia di tulis berdasarkan sesuatu. 8 teknik yang di tekankan di dalam ebook ini adalah nadi untuk menghasilkan ayat jualan yang mantap dan hebat. Saya harap anda akan menerima kebaikan darinya.

 

Categories: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *